Kelas Skim Bantuan Tuisyen akan bermula secara rasminya pada hari Sabtu 28 FEB 2009. Untuk minggu pertama ini, kelas yang akan diajar adalah bagi matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Adalah diharapkan murid-murid yang telah terpilih dapat menghadirkan diri demi untuk meningkatkan lagi pencapaian murid-murid itu sendiri.
Jumaat, 27 Februari 2009
Khamis, 26 Februari 2009
Mesyuarat Guru SK Pekan Kuala Penyu.
Dalam meningkatkan pencapaian murid-murid sekolah ini, satu mesyuarat berkenaan kurikulum telah diadakan pada 25hb FEB. Banyak perkara telah dibincangkan semata-mata mahu memastikan agar pencapaian murid-murid dapat ditingkatkan ke arah yang lebih baik lagi...
Rabu, 25 Februari 2009
Ujian Bulanan 1
Hari ini 25hb FEB 2009, ujian bulanan pertama telah bermula. Pada ujian bulanan inilah akan menjadi titik permulaan kepada pencapaian sepanjang tahun 2009.
Bagi guru-guru pula, ujian bulanan satu inilah akan menjadi pengukur awal terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan sepanjang dua bulan awal ini. Bagi murid-murid terutamanya tahun enam ini akan menjadi penanda aras kepada pencapaian mereka untuk menghadapi UPSR pada tahun ini.
Selasa, 24 Februari 2009
Majlis Perjumpaan Bersama Ibu Bapa
21 Februari 2009, SK Pekan Kuala Penyu. Satu perjumpaan bersama para ibu bapa dan pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini telah diadakan. Majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah bersama dengan PIBG mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa. Pada majlis ini ceramah motivasi telah disampaikan oleh Encik Osman Sidek daripada Unit Khas PPD Kuala Penyu. Selain itu para guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar tahun 6 juga telah melafazkan ikrar untuk sama-sama bekerja keras meningkatkan pencapaian UPSR pada tahun ini. Program ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh Encik Mastan Bin Hj Ahmad.
Jumaat, 20 Februari 2009
MSSD KUALA PENYU
Blog telah diwujudkan..
Hari ini telah tercatat dalam sejarah,blog SK Pekan Kuala Penyu telah diwujudkan secara rasminya. Blog ini akan berfungsi sebagai suara kecil sekolah ini untuk melaporkan perkara-perkara yang berlaku di sekolah ini.
Mudah-mudahan dengan adanya blog ini, dapatlah para guru, ibu bapa mahupun pelajar mengikuti perkembangan yang berlaku di sekolah ini.