Pada 10-12 November baru-baru ini telah diadakan Kem Jati Diri bagi pelajar tahun 4, 5 dan 6 di Sk Pekan Kuala penyu. Banyak aktiviti yang diadakan. Di bawah ini adalah gambar-gambar peserta kem... Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya mengikuti semua aktiviti yang telah disediakan.
Selasa, 16 November 2010
KEM JATI DIRI SK PEKAN
Selasa, 9 November 2010
Jumaat, 8 Oktober 2010
Bengkel Angklung
KELAS ICT
Isnin, 17 Mei 2010
Tahniah kepada pasukan Bola Baling Zon Selatan kerana menjadi juara keseluruhan Bola Baling MSS Sabah. Dua orang pemain SK Pekan Kuala Penyu terpilih mewakili zon selatan ke kejohanan tersebut. Seorang murid SK Pekan, berpeluang terpilih ke dalam pasukan MSS Sabah ke Kejohanan Bola Baling MSSM yang akan diadakan di Pahang pada bulan Jun akan datang.
Khamis, 1 April 2010
Tempat keempat
Pasukan bola sepak SK Pekan telah menduduki tempat keempat dalam Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Kuala Penyu. Jika pada tahun lepas kita mendapat tempat ketiga, maka pada tahun ini pencapaian kita menurun sedikit. Namun pasukan kita berjaya mendapat anugerah pasukan terbaik.
Pada pusingan awal, pasukan kita berjaya mengalahkan SK Kekapor dengan jaringan 6-0, seri dengan SK Sangkabok 1-1 dan menang mengalahkan SK Mansud dengan jaringan 5-1. Pada peringkat separuh akhir kita kalah kepada SK Pekan Menumbok dengan jaringan 3-0, dan kalah kepada SK Tempurong dengan jaringan 1-0 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.
Walaupun begitu, tiga orang pemain sekolah kita telah berjaya terpilih mewakili Pasukan Daerah Kuala Penyu ke Kejohanan Bola Sepak MSSM peringkat Zon Selatan yang akan diadakan di Daerah Kuala Penyu.
Pemain yang terpilih tersebut adalah ;
1. Zulkarnain B Alias
2. Ak Mohd Farhan
3. Adi Al-Fikri
Semoga pasukan daerah akan mendapat kedudukan yang terbaik pada tahun ini. Buat pasukan SK Pekan, jangan putus asa, kita cuba lagi pada tahun hadapan...
Rabu, 24 Februari 2010
Fantastic 10
Tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan warga sekolah terhadap kejayaan menjuarai kejohanan Padang dan Balapan MSSM Daerah Kuala Penyu. Kejayaan merangkul 10 pingat emas,1 perak dan 1 gangsa merupakan satu rekod yang membanggakan bagi sekolah kita. Menurut Cikgu Abdullah, salah seorang guru yang paling lama berkhidmat di sekolah, kejayaan ini merupakan kejayaan yang paling manis dalam sejarah SK Pekan Kuala Penyu.
Pada kejohanan kali ini selain menjadi juara keseluruhan,kita juga membolot hadiah untuk olahragawan dan olahragawati. Berikut adalah senarai nama pemenang yang memenangi pingat pada tahun ini.
Emas
100 Meter Perempuan = Bethsheba Moo
200 Meter Lelaki = Mohd Zulkarnain Alias
200 Meter Perempuan = Bethsheba Moo
4x100 Meter Lelaki = Ak. Mohd Farhan, Ady Fikri, Mohd Syamim, Zulkarnain
4x100 Meter Perempuan = Bethsheba, Herwanie, Izzah,Rahimah
4x200 Meter Lelaki = Ak. Mohd Farhan, Ady Fikri, Mohd Syamim, Zulkarnain
4x200 Meter Perempuan = Bethsheba, Herwanie, Izzah,Rahimah
Lompat Jauh Lelaki = Mohd Zulkarnain Alias
80 Meter berpagar (L) = Ak. Mohd Farhan
80 Meter berpagar (P) = Herwanie
PERAK
Lontar Peluru (P) = Arina Rasyika
Gangsa
100 Meter Lelaki = Ady Al-Fikri B Mail ( Gangsa )
Isnin, 22 Februari 2010
Kejohanan Padang Dan Balapan MSSD K.Penyu 2010
Hari pertama Kejohanan Padang Dan Balapan MSSD K.Penyu 2010 telah berjalan dengan lancar. Guru Besar SK Pekan Kuala Penyu selaku pengerusi penganjur pada tahun ini telah merasmikan kejohanan denngan simbolik nyalaan obor dan menaikkan bendera kejohanan.
Pada hari pertama ini,sebanyak tiga pingat emas dan satu pingat perak dirangkul oleh atlit sekolah kita. Kita memenangi pingat emas melalui AK.Mohd Farhan dan Herwanie Shafikah melalui acara 80 meter berpagar. Mohd Zulkarnain Ariffin melalui acara lompat jauh. Manakala pingat perak melalui Arina Rasyika.
Selain itu, atlit sekolah juga dalam kedudukan terbaik untuk menambah lagi pungutan pingat emas pada kejohanan kali ini. Peserta sekolah kita berjaya ke pusingan seterusnya untuk acara 100 meter, 200 meter, 4x100 lari berganti dan 4x200 lari berganti. Kesemua acara tersebut diwakili oleh peserta lelaki dan perempuan.
Sabtu, 6 Februari 2010
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...
Erat!!! Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan semangat kerjasama guru-guru di SK Pekan Kuala Penyu dalam menjayakan apa jua aktiviti. Yang terkini adalah aktiviti mengambil pasir untuk membuat venue baru bagi acara lompat jauh sempena Kejohanan Padang dan Balapan MSSD KP yang akan berlangsung pada 22-24 Feb 2010.
Menggunakan kenderaan guru-guru, seramai 7 orang guru dan kakitangan sekolah telah pergi ke Kg. Menumpang untuk mengambil pasir di pantai. Berikut, beberapa keping gambar yang sempat diambil...