Pada 30 September yang lalu, SKPEKAN Kuala Penyu telah mengadakan bengkel angklung di dewan sekolah. Murid-murid tahap 2 yang terdiri daripada murid-murid darjah 4, 5 dan 6 telah menyertai bengkel ini dan berpeluang untuk bermain angklung. Selain murid-murid, guru-guru juga begitu sporting sekali membantu memeriahkan suasana dengan sama-sama bermain angklung... Tahniah kepada semua peserta bengkel...
Jumaat, 8 Oktober 2010
KELAS ICT
Peperiksaan UPSR telah pun berlalu beberapa minggu yang lalu dan kini peperiksaan SRU pula sedang berjalan. Bagi pelajar tahun 6 yang tidak mengambil peperiksaan SRU, mereka mengisi masa dengan belajar komputer dan internet akses di Bilik Akses SK Pekan Kuala Penyu. Inilah gambar-gambar mereka...
Sepanjang beberapa hari di Bilik Akses, pelajar-pelajar telah mempelajari tentang Powerpoint, words, akses internet dan sebagainya. Semoga apa yang dipelajari bermanfaat bagi semua pelajar pada masa hadapan..
Langgan:
Catatan (Atom)