Perjumpaan kali pertama Unit Beruniform SK Pekan Kuala Penyu tahun 2010 telah diadakan dengan jayanya pada hari rabu 3 Februari 2010. Kegiatan ini diadakan selepas sesi persekolahan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.
Kegiatan ini merupakan aktiviti wajib bagi murid-murid tahap dua. Manakala murid-murid tahap satu belum lagi dilibatkan. Bagi SK Pekan, hanya ada tiga Unit Beruniform sahaja yang ditawarkan. Unit Beruniform tersebut adalah Persatuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia.
Rabu, 3 Februari 2010
Perjumpaan Unit Beruniform Kali Pertama Tahun 2010
Dicatat oleh SK Pekan Kuala Penyu di 8:58 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan