BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 16 November 2010

KEM JATI DIRI SK PEKAN

Pada 10-12 November baru-baru ini telah diadakan Kem Jati Diri bagi pelajar tahun 4, 5 dan 6 di Sk Pekan Kuala penyu. Banyak aktiviti yang diadakan. Di bawah ini adalah gambar-gambar peserta kem... Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya mengikuti semua aktiviti yang telah disediakan.

Para peserta sedang mendirikan khemah masing-masing..

Indoor Games...

Sesi taklimat kem oleh Tuan Azamain...

Di antara peserta kem...

Aktiviti yang dikendalikan oleh ketua fasilitator, Tuan Simlen Latip

Kawad Kaki....

Aktiviti menyusun Puzzle...

Malam Penghayatan yang menyaksikan ramai menitiskan air mata...

Explorace ke Pantai Menumpang dengan hanya berjalan kaki....

Itu dia, Puan Zu sedang menunjukkan cara rehatkan diri semasa dalam barisan...

Kumpulan 1 - Membina istana pasir

Kumpulan 2 - membina istana pasir

Kumpulan 3 - membina istana pasir

Kumpulan 4 - membina istana pasir

Kumpulan 5 - membina istana pasir

Kumpulan 6 - membina istana pasir

Kumpulan 7 - membina istana pasir

Upacara penutupan... Jumpa lagi kem jati diri tahun depan....!!

Selasa, 9 November 2010

Wajah-wajah Pelajar SK. Pekan Kuala Penyu

Pelajar tahun 6, 2010

Peperiksaan Akhir tahun darjah 1

Pelajar mencari maklumat di Pusat Akses SK Pekan...


Jumaat, 8 Oktober 2010

Bengkel Angklung

Pada 30 September yang lalu, SKPEKAN Kuala Penyu telah mengadakan bengkel angklung di dewan sekolah. Murid-murid tahap 2 yang terdiri daripada murid-murid darjah 4, 5 dan 6 telah menyertai bengkel ini dan berpeluang untuk bermain angklung. Selain murid-murid, guru-guru juga begitu sporting sekali membantu memeriahkan suasana dengan sama-sama bermain angklung... Tahniah kepada semua peserta bengkel...


Para peserta bengkel tekun mendengar taklimat tentang cara bermain angklung....


Diantara guru yang begitu sporting bermain angklung bersama murid-murid tercinta..

Murid-murid yang menunggu giliran seterusnya untuk bermain angklung...



KELAS ICT

Peperiksaan UPSR telah pun berlalu beberapa minggu yang lalu dan kini peperiksaan SRU pula sedang berjalan. Bagi pelajar tahun 6 yang tidak mengambil peperiksaan SRU, mereka mengisi masa dengan belajar komputer dan internet akses di Bilik Akses SK Pekan Kuala Penyu. Inilah gambar-gambar mereka...





Sepanjang beberapa hari di Bilik Akses, pelajar-pelajar telah mempelajari tentang Powerpoint, words, akses internet dan sebagainya. Semoga apa yang dipelajari bermanfaat bagi semua pelajar pada masa hadapan..


Isnin, 17 Mei 2010


Tahniah kepada pasukan Bola Baling Zon Selatan kerana menjadi juara keseluruhan Bola Baling MSS Sabah. Dua orang pemain SK Pekan Kuala Penyu terpilih mewakili zon selatan ke kejohanan tersebut. Seorang murid SK Pekan, berpeluang terpilih ke dalam pasukan MSS Sabah ke Kejohanan Bola Baling MSSM yang akan diadakan di Pahang pada bulan Jun akan datang.

Khamis, 1 April 2010

Tempat keempat



Pasukan bola sepak SK Pekan telah menduduki tempat keempat dalam Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Kuala Penyu. Jika pada tahun lepas kita mendapat tempat ketiga, maka pada tahun ini pencapaian kita menurun sedikit. Namun pasukan kita berjaya mendapat anugerah pasukan terbaik.

Pada pusingan awal, pasukan kita berjaya mengalahkan SK Kekapor dengan jaringan 6-0, seri dengan SK Sangkabok 1-1 dan menang mengalahkan SK Mansud dengan jaringan 5-1. Pada peringkat separuh akhir kita kalah kepada SK Pekan Menumbok dengan jaringan 3-0, dan kalah kepada SK Tempurong dengan jaringan 1-0 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

Walaupun begitu, tiga orang pemain sekolah kita telah berjaya terpilih mewakili Pasukan Daerah Kuala Penyu ke Kejohanan Bola Sepak MSSM peringkat Zon Selatan yang akan diadakan di Daerah Kuala Penyu.

Pemain yang terpilih tersebut adalah ;

1. Zulkarnain B Alias
2. Ak Mohd Farhan
3. Adi Al-Fikri

Semoga pasukan daerah akan mendapat kedudukan yang terbaik pada tahun ini. Buat pasukan SK Pekan, jangan putus asa, kita cuba lagi pada tahun hadapan...