BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 24 Januari 2010

Majlis Penutupan Program Transisi tahun satu 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 23hb Januari lepas(Sabtu). Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh Tuan Guru Besar, Encik Johnny Teo. Pelbagai acara diadakan untuk memeriahkan acara penutupan pada hari itu. Antaranya pertandingan melukis bendera, sukaneka, persembahan nyanyian, persembahan chicken dance dan banyak lagi. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil pada hari itu..



Hormat guru

Penyampaian hadiah melukis

Chicken Dance


Persembahan Nyanyian


Latihan Sukan MSSD Kuala Penyu

Bagi tahun 2010 ini, pihak sekolah telah mengambil kesepakatan untuk tidak menganjurkan sukan tahunan seperti tahun-tahun yang sudah. Ini kerana pada tahun ini, SK Pekan akan menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Penyu. Oleh kerana, para atlit dan jurulatih sedang giat menyiapkan diri menghadapi kejohanan. Untuk tahun ini, tidak ada sasaran yang lebih sesuai bagi SK Pekan, kecuali JUARA.

Untuk para atlit ayuh kita buktikan kejaguhan kita di gelanggang keramat SK Pekan pada tahun ini. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan, alang-alang kita buat latihan biar sampai johan keseluruhan...

Pada tahun ini pasukan SK Pekan dilatih oleh Cikgu Masni Muin sebagai ketua jurulatih, dibantu oleh Cikgu Wong ah Chin, Cikgu Mohd Indra, Cikgu Azamain, Cikgu Mohd Azuar.




Ini yang dinamakan latihan joget


Latihan membetulkan gaya larian
Latihan juga merangkumi murid-murid tahun 3 sebagai asas tahun depan

Drilling

Isnin, 18 Januari 2010

Gotong Royong RIMUP

Sabtu, 16 Januari 2010. Gotong royong rimup telah diadakan dengan jayanya. Kehadiran dan kerjasama ibu bapa juga amat menggalakkan. Kerja yang banyak tidak terasa apabila dilakukan dengan semangat kekeluargaan yang tinggi. Kepada ibu bapa terima kasih daun keladi, lain kali bolehlah datang lagi... :)



Guru besar dan YDP PIBG

Guru-guru turut serta menanam pokok bunga


Tuan Hj Jokrie sedang menanam pokok


Makan sebelum bekerja