BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 24 Januari 2010

Latihan Sukan MSSD Kuala Penyu

Bagi tahun 2010 ini, pihak sekolah telah mengambil kesepakatan untuk tidak menganjurkan sukan tahunan seperti tahun-tahun yang sudah. Ini kerana pada tahun ini, SK Pekan akan menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Penyu. Oleh kerana, para atlit dan jurulatih sedang giat menyiapkan diri menghadapi kejohanan. Untuk tahun ini, tidak ada sasaran yang lebih sesuai bagi SK Pekan, kecuali JUARA.

Untuk para atlit ayuh kita buktikan kejaguhan kita di gelanggang keramat SK Pekan pada tahun ini. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan, alang-alang kita buat latihan biar sampai johan keseluruhan...

Pada tahun ini pasukan SK Pekan dilatih oleh Cikgu Masni Muin sebagai ketua jurulatih, dibantu oleh Cikgu Wong ah Chin, Cikgu Mohd Indra, Cikgu Azamain, Cikgu Mohd Azuar.




Ini yang dinamakan latihan joget


Latihan membetulkan gaya larian
Latihan juga merangkumi murid-murid tahun 3 sebagai asas tahun depan

Drilling

0 ulasan: