Hormat guru
Ahad, 24 Januari 2010
Hormat guru
Latihan Sukan MSSD Kuala Penyu
Untuk para atlit ayuh kita buktikan kejaguhan kita di gelanggang keramat SK Pekan pada tahun ini. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan, alang-alang kita buat latihan biar sampai johan keseluruhan...
Pada tahun ini pasukan SK Pekan dilatih oleh Cikgu Masni Muin sebagai ketua jurulatih, dibantu oleh Cikgu Wong ah Chin, Cikgu Mohd Indra, Cikgu Azamain, Cikgu Mohd Azuar.
Ini yang dinamakan latihan joget
Isnin, 18 Januari 2010
Gotong Royong RIMUP
Sabtu, 16 Januari 2010. Gotong royong rimup telah diadakan dengan jayanya. Kehadiran dan kerjasama ibu bapa juga amat menggalakkan. Kerja yang banyak tidak terasa apabila dilakukan dengan semangat kekeluargaan yang tinggi. Kepada ibu bapa terima kasih daun keladi, lain kali bolehlah datang lagi... :)
Rabu, 25 November 2009
Selamat bercuti..
Kepada murid-murid, guru-guru dan seluruh masyarakat SK Pekan Kuala Penyu diucapkan selamat bercuti... Jangan lupa pada tanggal 28hb Disember 2009 untuk pendaftaran bagi sesi persekolahan 2010.
Masanya belum sampai..
Setelah keputusan UPSR diumumkan secara rasmi pada hari khamis 19hb NOV 2009, ternyata pencapaian Sk Pekan masih jua belum berubah. Secara keseluruhannya, prestasi murid menunjukkan penurunan yang banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sk Pekan Kuala Penyu hanya mencatatkan peratus yang kurang dari 40%. Manakala bagi murid pula, pencapaian terbaik hanyalah mencatat keputusan 4A 1B melalui Nur Firdeana Bt Suhaik, 4A 1C melalui Dg.Adlyn Bt Ag.Damit dan Inawani Bt Suir.
Setelah melaksanakan pelbagai program peningkatan akademik sepanjang tahun 2009, namun pencapaian murid dalam UPSR masih lagi berada di takuk lama. Ternyata rezeki SK Pekan masih belum tiba, Insya Allah guru-guru akan terus berusaha meningkatkan prestasi murid-murid SK Pekan. Patah sayap bertongkat paruh, namun untuk menyerah tidak sekali..
Sabtu, 14 November 2009
Perkhemahan Unit Beruniform 2009
Perkhemahan Unit Beruniform peringkat SK Pekan Kuala Penyu tahun 2009 telah berjalan dengan jayanya pada 13 dan 14hb November 2009. Perkhemahan yang julung-julung kalinya diadakan telah dirasmikan penutupannya oleh Guru Besar SK Pekan Kuala Penyu. Murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6 yang menyertai perkhemahan ini menyatakan rasa keterujaan yang tinggi terhadap program ini. Seramai 83 orang pelajar telah menyertai perkhemahan ini.
