Perjumpaan kali pertama Unit Beruniform SK Pekan Kuala Penyu tahun 2010 telah diadakan dengan jayanya pada hari rabu 3 Februari 2010. Kegiatan ini diadakan selepas sesi persekolahan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.
Kegiatan ini merupakan aktiviti wajib bagi murid-murid tahap dua. Manakala murid-murid tahap satu belum lagi dilibatkan. Bagi SK Pekan, hanya ada tiga Unit Beruniform sahaja yang ditawarkan. Unit Beruniform tersebut adalah Persatuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia.
Rabu, 3 Februari 2010
Perjumpaan Unit Beruniform Kali Pertama Tahun 2010
Kejohanan Padang Dan Balapan MSSD KP 2010
Buat julung-julung kalinya SK Pekan Kuala Penyu akan menganjurkan Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Kuala Penyu tahun 2010. Kejohanan ini dijangka akan diadakan pada 22-24 Februari 2010, sejurus selepas cuti Tahun Baru Cina.
Buat masa ini kontinjen SK Pekan yang akan diketuai oleh Cikgu Mohd Indra sedang giat berlatih dibawah bimbingan dan kerjasama beberapa orang guru.
Target untuk tahun ini adalah untuk menjadi johan keseluruhan.
Ahad, 24 Januari 2010
Hormat guru
Latihan Sukan MSSD Kuala Penyu
Untuk para atlit ayuh kita buktikan kejaguhan kita di gelanggang keramat SK Pekan pada tahun ini. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan, alang-alang kita buat latihan biar sampai johan keseluruhan...
Pada tahun ini pasukan SK Pekan dilatih oleh Cikgu Masni Muin sebagai ketua jurulatih, dibantu oleh Cikgu Wong ah Chin, Cikgu Mohd Indra, Cikgu Azamain, Cikgu Mohd Azuar.
Ini yang dinamakan latihan joget
Isnin, 18 Januari 2010
Gotong Royong RIMUP
Sabtu, 16 Januari 2010. Gotong royong rimup telah diadakan dengan jayanya. Kehadiran dan kerjasama ibu bapa juga amat menggalakkan. Kerja yang banyak tidak terasa apabila dilakukan dengan semangat kekeluargaan yang tinggi. Kepada ibu bapa terima kasih daun keladi, lain kali bolehlah datang lagi... :)
Rabu, 25 November 2009
Selamat bercuti..
Kepada murid-murid, guru-guru dan seluruh masyarakat SK Pekan Kuala Penyu diucapkan selamat bercuti... Jangan lupa pada tanggal 28hb Disember 2009 untuk pendaftaran bagi sesi persekolahan 2010.
